Khamis, 25 Ogos 2011

Kisah Cinta (rekaan semata mata)


Seringkali kita dengar dan seringkali juga kita baca, pertemuan pertama berlaku dengan penuh romantis. Mata bertentang mata, kulit tersentuh kulit, proses pelanggaran yang tidak disengajakan dan banyak lagi detik-detik romantis yang pasti membuai perasaan setiap pembaca.
Detik pertemuanku tidaklah seromantis cerpen-cerpen cinta, tidak seromantis puisi nan indah. Pertembungan kami hanya biasa, normal. Pertama kali aku melihatnya ketika pendaftaran kem, hanya satu perkataan yang singgah di benakku, "pelik". Dengan seluar pendek '3 suku', dan topinya yang sangat tidak 'cool', dia nampak aneh. Dan dia juga jujur memberitahuku, dia melihat kelibat singa di wajahku pada ketika itu. Aku tertawa mendangar pengakuannya.
Pertemuan yang berlaku sewaktu kem tersebut telah mencipta satu hubungan persahabatan yang baru. Sejujurnya, aku tidak ingat bagaimana kami boleh menjadi rapat. Apabila aku cuba ingat kembali saat kami mula mesra, imej kami ketawa terbahak-bahak sewaktu mendengar ceramah yang membosankan menjelma. Situasi itu aneh bagiku, kerana aku dikenali dengan sikapku yang tidak peramah, tidak mudah mesra dan sombong apatah lagi dengan orang yang baru dikenali membuatku tertanya-tanya, kemana hilangnya sikap itu apabila bertemu dengannya. Apabila aku ujarkan pertanyaan tentang perkara tersebut, ringkas sahaja jawapannya, "aku kan peramah". Mungkin juga betul. Keramahannya membuatkan aku lupa sikap durjana yang sering diamalkan selama ini.
Teruskan membaca "Kisah Aku"...


Paku Di Dinding Hatimu

6JAN2009
Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.
Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.
Teruskan membaca "Paku Di Dinding Hatimu"...

Cinta Jarak Jauh Melukakan Hatiku

17NOV2008
(Kisah ini kisah benar dan sangat sesuai dibaca oleh pasangan yang sedang bercinta pada jarak jauh. Kepada kaum Hawa berhati-hatilah dalam percintaan dan kaum Adam janganlah mengambil kesempatan ke atas kelemahan kaum Hawa. Hargailah orang yang anda sayang. Bacalah coretanku ini….)
Aku seorang wanita yang hanya dikenali dengan nama Jue oleh rakan – rakanku dari dulu hingga kini. Aku adalah satu – satunya perempuan dalam adik-beradikku yang seramai 6 orang. So tidak mustahil aku berperwatakan seperti seorang lelaki. Sebelum aku menjejakkan kaki ke alam sekolah menengah, aku tidak pernah menjiwai ciri-ciri seorang perempuan dan juga tidak pernah mempunyai kawan rapat yang sejantina denganku.
Tapi segala-galanya berubah apabila aku berpindah memasuki sekolah berasrama penuh di Melaka pada tingkatan 1. Aku seperti terkena kejutan budaya kerana pelajar – pelajar di situ tidah bergaul antara lelaki dan perempuan. Dari situ aku belajar untuk berkawan dengan perempuan.
Persekitaran sekolahku membuatkan aku menjadi seorang perempuan dan paling membuatkan aku betul-betul tidak percaya ialah aku semakin janggal untuk berkawan atau bercakap dengan insan bergelar lelaki. Aku semakin kurang bersosial seperti dulu. Satu berubahan yang sangat menakjubkan dalam diriku.
Aku seorang yang suka memerhati dan membuat kesimpulan sendiri untuk diriku. Sepanjang aku berkawan dengan perempuan, aku sering mendengar kisah-kisah yang menyedihkan tentang percintaan mereka. Sebelum ini aku memang tidak pernah melibatkan diri dengan percintaan dan aku menyimpulkan bahawa lelaki sanggup bersusah payah memikat hati perempuan apabila mereka menginginkan perempuan tersebut. Tetapi setelah mendapatkannya, lelaki selalu membuat perempuan menangis secara sengaja atau tidak sengaja. Mereka ibarat tidak menghargai perempuan yang mereka idam-idamkan dahulu. Bagiku mana-mana lelaki semuanya sama sahaja. Akhirnya aku memutuskan untuk tidak bercinta sehinggalah aku melangkah ke alam perkahwinan. Aku mengimpikan sebuah percintaan selepas berkahwin yang sangat romantis seperti yang dialami oleh ayah dan ibuku. Aku berharap agar impianku menjadi kenyataan dan ia telah menjadi prinsip hidupku. Dengan prinsip yang aku cipta itu, aku telah menolak permintaan lelaki yang ingin menjadikan aku kekasihnya.
Teruskan membaca "Cinta Jarak Jauh Melukakan Hatiku"...

Cinta Sejati Langit dan Laut

5NOV2008
Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling menyukai antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut kepada langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab sangat sukanya langit kepada laut, warna langit sama dengan warna laut.
Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-kata ‘aku cinta padamu’ ke telinga langit. Setiap kali si langit mendengar penuh cinta laut, langit tidak menjawab apa-apa, hanya tersipu-sipu malu, wajahnya kemerah-merahan. Suatu hari,datang awan..
Begitu melihat kecantikan si langit, awan seketika itu juga jatuh hati terhadap langit. Tentu sahaja langit hanya mencintai laut, setiap hari hanya melihat laut sahaja. Awan sedih, namun tidak berputus asa, mencari cara dan akhirnya mendapat akal. Awan mengembangkan dirinya sebesar mungkin dan menyusup ketengah-tengah langit dan laut, menghalang pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.
Teruskan membaca "Cinta Sejati Langit dan Laut"...

Kisah Aku

30OCT2008
Hye....
Di sini aku ingin kongsikan kisah aku denga anda semua. Bukan beerti untuk meraih simpati, mahupun bukan untuk di kata oleh pembaca sekalian.. Cuma, kini aku tiada teman untuk aku meluahkan apa yang aku pendamkan sekarang. Mungkin dengan cara ini aku dapat melepaskan sedikit tekanan dan perasaan bersalah yang ada dalam diriku...
Sebelum itu ingin aku katakan, bukan pintaku jadi begini, cuma mungkin kerana ianya kesilapanku dalam mengatur corak hidupku...Terus terang ku katakan pada kalian, aku kini berkawan dengan sesama jenis. Tetapi tidaklah sampai ketahap lesbian ataupun pengkid. Pemulaan aku terjebak dengan hidup sebegini, bila aku rasa kesepian, kesunyian. Ya! mungkin anda memikirkan tindakan aku terlalu bodoh. Jujur aku akui, aku juga seperti kalian semua, seorang hamba Tuhan yang perlukan kasih sayang dan perhatian dari seorang insan yang bergelar kekasih.
Bagaimana harus ku mulakan ya?... huh... Aku mempunyai teman lelaki. Tapi jarak memisahkan kami untuk terus berhubung ataupun terus bersama. Aku menjalinkan perhubungan dengan teman lelakiku dari tahun 1997 sehingalah sekarang.. Pemulaan perhubungan kami seperti biasa.. Aku mengenalinya di sebuah daerah yang berlainan dariku. Untuk kesana memerlukan masa selama 15 jam untuk menaiki bas. Dan kalau menggunakan kapal terbang selama 1 jam. Aku mula berkenalan dengan teman lelaki ku sewaktu aku berpindah sekolah, dan menetap di daerah itu selama setahun bersama family ku. Sehabis saja tingkatan lima, aku berpindah balik ke tempat asalku.. Yang berjuta2 batu jauhnya. Perhubungan kami tergantung seketika. Setelah dua tahun tiada khabar, teman lelaki ku menghubungi aku melalui telefon. Waktu itu, telefon dirumahku di tukar nombor, dan oleh kerana itu kami loose contact. Masa itu barulah dia menceritakan bagaimana dia mendapat nombor ku. Ya! baru aku teringat aku pernah mengutuskan surat buatnya mengatakan pertukaran nombor telefon rumahku.Bermula dari detik itu kami akrab kembali. Waktu itu perhubungan kami ibarat biskut chipsmore, sekejap ada sekejap tiada... Dia jauh di perantauan dan bertugas demi negara. Dia seorang angkatan tentera. Kadang2 sampai berbulan dia tidak menghubungiku kerana terpaksa bertugas di luar negara atau masuk hutan. Kadangkala sampai setengah tahun kami tidak berhubung. Namun ianya tidak mematahkan sedikit perasaanku padanya. Kerana kami telah patrikan janji bersama....
Teruskan membaca "Kisah Aku"...

Luahan Sekeping Hati

23OCT2008
Huh... Entah mengapa tiba-tiba jiwaku bagai di pukul... Aku merintih sendirian.. Entah mengapa di suasana petang sebegini aku harus melawan kesakitan yang melanda jiwaku... Jika benar luka itu masih bersisa... Maka aku harus segera melenyapkan semua memori duka.... Sebak rasa dadaku menahan keperihatan sebegini... Aku hanya mampu memandang, menanti dan menunggu sampai bila aku harus menerima semua ketentuan yang diperuntukkan buatku... Kadangkala aku rasa tidak adil untuk aku bernafas di bumi ini, namun segera aku menyedarkan diri aku sendiri, bahawa setiap kesakitan yang Allah sediakan untukku hanyalah untuk menguji sejauh mana keimanan aku.. Segera aku mengucap.. Ah... Tenang sekali melafaz dua kalimah syahadah..Terasa lapang dadaku....
Aku sendiri tidak tahu entah dimana aku harus mulakan, aku tidak tahu mengapa tiba-tiba hati ini di sentuh duka semalam... Aku sudah berupaya untuk melupakan semua kesakitan yang diberikan, namun dengan tiba-tiba, perasaan itu hadir kembali... Bayangan semalam bagaikan memaksa aku merintih sendiri... Aku jadi rindu pada kenangan lama dan aku begitu sayu sekali bila mengenangkan sekeping hati yang telah di hancur lumatkan oleh sorang insan yang bergelar kekasih... Sudah puas air mata ini mengalir di pipi... Sudah reda bengkak yang bernanah di hati ini, sudah surut dendamku, sudah puas aku memujuk diri... Namun mengapa tetiba bayangan semalam menghembat perasaanku hingga bergenang airmataku.... Ahh... ku sapu airmata yang hampir mengalir, aku tidak mahu ianya mengalir dipipi ini untuk kesekian kalinya... biarlah ku simpan airmataku ini untuk kegembiraan... Puas sudah ku meratapi sebuah nasib yang diperuntukan buatku... Sehingga kehari ini aku masih lagi mampu untuk terus bersabar dengan setiap kelukaan demi kelukaan... Hati ini bagaikan sudah menjadi lali untuk kesakitan, kelukaan, penindasan, ketandusan!!! ah!! Sungguh... Sebenarnya aku tidak mampu lagi untuk meratapi sebuah lagi kelukaan... biarlah pengalaman lalu berlalu bagai angin... Sungguh!! aku sudah tidak mampu lagi, aku sudah tidak kuat lagi untuk memikul bebanan duka.. Meyesal??? ah... langsung tidak terbetik di hatiku, kerana aku sendiri yang memutuskan jalan hidupku,. Untuk apa aku menyesal, kerana semuanya kehendak Tuhan... Cuma apa yang aku harapkan... moga ada sinar kebahagiaan buatku.....
Teruskan membaca "Luahan Sekeping Hati"...

Aku, Aqilah dan Air tin

13SEP2008
Teringat lagi masa sekolah dulu waktu tingkatan 4. Pertama kali ingin merasai cinta. Aku kenal dengan seorang gadis yang comel lemah lembut, berkaca mata, bibir bak angelina jolie heheh, Aqilah namanya. Mulanya memang aku tak perasan kehadirannya dalam hidupku.
Kisah tin bermula semasa,kami ada aktiviti ko kurikulum,setiap kali habis koko kami akan berjumpa. Permulaanya bila aku berjumpa dengannya dia mesti akan belikan 1 air tin untuk dia dan 1 lagi untuk aku. Tanpa berfikir panjang aku terus ambil dan kami berborak mesra dan semakin dan sayang . Aku pun tak tahu kenapa kami tidak bercinta saja.
Hari berganti hari, aku minat pada seorang gadis Azlinda namanya yang lebih jujur dan berterus terang untuk menyukaiku...aku mintak couple dan setuju tetapi Aqilah tak tahu pasal semua ni, dan pada hari terakhir aku jumpa dia, seperti biasa dia akan memberikan aku 1 air tin tetapi kali ni aku menolaknya walaupun dipaksa untuk terima. Aku tak sedar lagi maksud air tin tu. Habis SPM Aqilah terus hilang dalam hidupku, terakhir aku dengar khabar pun dari kad raya yang dia pos.
Teruskan membaca "Aku, Aqilah dan Air tin"...

Satu Kisah Cinta

21AUG2008
Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.
3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih...lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.
Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.
"Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut.
"Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan." Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.
Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya. "Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.
Teruskan membaca "Satu Kisah Cinta"...

Bukti Cinta Sejati

5AUG2008
Ada sorang lelaki buta. Semua orang bencikan dia, kecuali kekasihnya. Lelaki itu selalu berkata, "Saya akan mengahwini awak di saat saya boleh melihat." Suatu hari, ada orang dermakan mata kepada lelaki itu. Akhirnya dapat juga lelaki itu melihat. Dengan segera, dia pergi menemui kekasihnya. Tetapi, bila dia melihat kekasihnya, dia merasa sungguh terkejut kerana kekasihnya juga buta.
Kekasihnya bertanya, "Sudikah awak berkahwin dengan saya sekarang?" Tanpa sebarang alasan, lelaki itu menolak. Kekasihnya tersenyum dan berlalu pergi sambil berkata. "Tolong jaga mata saya baik-baik..."
Kisah Cinta ini telah disumbangkan oleh saudari Shaella di Forum Tentang Cinta.

Warkah Buatmu

19JUN2008
Tahun 2002, ALLAH pertemukan aku dengan dirinya. Kali pertama aku terpandang dirimu di satu sudut di kelasku, Kau memandangku, aku juga memandang dirimu. Kita saling tiada perasaan aneh. Namun hari demi hari, aku mengenali dirimu, aku terpikat dengan dirimu. Kecomelanmu membuatku terpesona, kenakalanmu bersama teman-teman membuatku tersenyum sendiri. Aneh sekali, aku suka pada lelaki sepertimu.
Tahun 2003, kita sama-sama melangkah ke tingkatan 4, kita berbeza kelas pada mulanya, namun rombakan kelas membuatkan kita bersama semula. Aku duduk menghadap mejamu. Sering kali mencuri pandang wajahmu. Sering kali menatap wajahmu. Sering kali tersenyum sendiri bila melihat telatahmu. Terlalu banyak peristiwa yang berlaku tahun itu, setiapnya kucatatkan di dalam diari hatiku. Terlalu indah sehingga aku tidak mahu terlepas daripada mengingati setiap peristiwa itu.
Tahun 2004, kita terpisah, aku naik kelas, dan kau kekal dikelas yang sama. Tahun itu aku berusaha untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. Setiap kali kau lalu dikelasku, aku mencuri pandang. Bila kau datang ke kelasku, aku tak keruan. Lucu benar. Aku sering mengharapkan kita berdua dapat berbual-bual, tapi apakan daya, aku terlalu malu. Malu benar terhadapmu. Suaraku sering kali enggan keluar, walaupun aku cuba memaksa untuk keluar. Aku hanya mampu memandangmu. Bila kita berbicara, bicara kita tidak pernah lama. Entah apa silapnya. SPM menjelang tiba, aku berperang dengan kertas soalan. Sepanjang peperiksaan wajahmu tidak kelihatan. Aku rindu wajahmu. Tapi apakan daya, aku tak mampu mencarimu. Minggu peperiksaan berlalu. Aku menantikan keputusan peperiksaanmu. Dirimu kurindu. Payah benar untuk bertemu denganmu.
Teruskan membaca "Warkah Buatmu"...

Pisang dan Hati

3JUN2008
Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.
Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.
"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam.
Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg. Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungutdan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.
Teruskan membaca "Pisang dan Hati"...

008
WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti).
Kamu, tulang rusukku!
Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...
Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.
Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah.
Teruskan membaca "Tulang rusukku..."...

Coretan Secebis Hati Untuk Nurzatul Hakimah

25APR2008
Dia ku temui sewaktu diriku diderai
Menatap wajah kali pertama membuatku terpaku
Memikat hatiku dengan kelincahan tawamu yang tidak henti-henti
Debaran hati kurasai hari demi hari
Dalam hati mencari langkah mendekatinya dengan tekad
Tanpa disedari nombornya berada di telefon Nokia 8210 ku
Tapi ku malu untuk mendailnya tanpa alasan untuk dikata
Ku simpan hasrat walaupun hati memaksa
Mungkin tuhan ingin menemukan kita
Tanpa bicara, ku mengikut kata sahabatku untuk bergembira
Rupanya engkau pun turut serta
Kali pertama keluar bersama tanpa disedari tujuannya
Teruskan membaca "Coretan Secebis Hati Untuk Nurzatul Hakimah"...

Surat Cinta Lawak dan Sadis

27DEC2007
Artikel ini telah dikongsikan oleh Untouchable di Forum Tentang Cinta.
"Valentine hari tu ayang tanya tang mane
kite sayang kat ayang. Time
tu kite tak dapat nak jawab. Semalam
ayang merajuk ngan kite, kite dah
penat nak layan. Ayang call kat kite
kite malas nak jawab. Tang mane
erk kite sayang kat ayang? Semalaman
kite duk pk soalan tu. Pernah ke?
Maybe tak sedalam cinta Titanic atau Taj
Mahal. Sayang kite kat ayang
sangatla kerdil. Sebab tu la ayang
selalu merajuk erk? Tak tahula,
setahu kite:
1. Sebelum kite kenal kat ayang, setiap
sem kite dapat Anugerah Dekan.
Bile dah kenal ngan ayang, setiap sem
kite repeat paper. Sebelum kenal
ngan ayang kite belajar pakai duit
biasiswa, lepas kenal ngan ayang,
keluar makan lagi nak mintak duit ngan
emak kite.
2. Kalau ade 1 buah epal, kite bagi je
kat ayang Kalau ade 2 buah
epal, kita bagi yang besar kat ayang.
3. Kalau kite makan ikan, ayang makan
tang badan ikan tu, kite pula
makan tang kepala ikan tu je.
4. Ayang ni tak la cun sangat, tapi kite
tak pernah kutuk ayang tak
cun. Tapi kite yang hensem ni ayang lagi
nak kutuk ngan member depan
kite, kata kite tak hensem langsung.
Eera Fazira berlalu depan mata,
kite diam je. Takut kalau puji kang
ayang marah. Mat Indon duk depan
Sogo ayang gi ngorat time kite gi
tandas. Siap mintak nombor tepon
depan kite lagi.
5. Kalau keluar ngan ayang, ayang slambe
nak makan Starbucks, kite
tipu kite dah kenyang, padahal bile dah
sampai kat umah kite makan mee
maggi.
Teruskan membaca "Surat Cinta Lawak dan Sadis"...

Di Mana Cinta?

16DEC2007
Kisah Cinta ini telah dikongsikan oleh Alang di Forum Tentang Cinta.
MUNGKIN ANTARA KITA YANG PERNAH TERBACA KISAH NI..
KISAH YANG BANYAK PENGAJARAN
ADA KEBENARAN YANG TERSEMBUNYI..
HAYATI...
Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka...
Isteri: Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami: Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri: Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami: Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri: Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata
Teruskan membaca "Di Mana Cinta?"...

Kisah rumput & Orang yang disayangi

14DEC2007
Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:
Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu: Oh, awak nak tahu ke? Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar: Baiklah...apa yang saya harus buat?
Cikgu: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Teruskan membaca "Kisah rumput & Orang yang disayangi"...

CIA Job Interview

19OCT2007
Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda sebuah kisah mengenai satu sesi temuduga yang dijalankan oleh CIA. Anda mesti tahu apa itu CIA bukan? Jadi, tak perlulah saya bercerita panjang mengenainya.
Tujuan saya mempublish kisah ini pun hanya ingin mengetahui, adakah betul wanita akan buat apa saja yang disuruh untuk memperoleh apa yang dihajatinya? Anda bacalah kisah di bawah ini. Ianya ditulis dalam Bahasa Inggeris. Saya harap, anda dapat memahaminya. :d
==========
A few months ago there was an opening with the CIA for an assassin.
These highly classified positions are hard to fill and there are a lot of testing and background checks involved before you can even be considered for the position. After sending some applicants through the background checks, training, and testing, they narrowed the possible choices down to two men and a woman, but only one position was available.
The day came for the final test to see which person would get the extremely secretive job. The CIA men took one of the candidates to a large metal door and handed him a gun. "We must know that you will follow instructions no matter what the circumstances," they explained. "Inside this room you will find your wife sitting in a chair. Take this gun and kill her." The man got a shocked look on his face and said, "You can't be serious! I could never shoot my wife!" "Well," said the CIA man, "you're definitely not the right man for the job then."
Teruskan membaca "CIA Job Interview"...

Kisah Biskut

2JUN2007
Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu penerbangannya. Sambil menunggu, dia makan biskut yang dibelinya sebelum itu dan membaca buku cerita. Sedang dia makan dia terperasan yang lelaki disebelahnya turut mengambil biskut dari bungkusan yang sama yang terletak di sebelahnya.
Setiap keping biskut yang dia ambil lelaki itu turut mengambil sama. Di dalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki itu.
“Alangkah tak malunya lelaki ni….. dah la tak mintak dari aku…. makan sama banyak dengan aku pulak tu…Pencuri!! ” rungut wanita itu dalam hati.
Dalam pada itu, lelaki itu dengan muka yang tenang terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut terakhir yang terdapat dalam bungkusan itu. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu. Sambil tersenyum lelaki itu mengambil biskut yang terakhir itu lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita itu. Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan dirinya dari memarahi lelaki itu.
Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam mencuka, wanita itu berkata dalam hatinya.
“Berani sungguh lelaki ni. Memang muka tak malu. Pencuri besar.” kata hatinya dengan marah.
Teruskan membaca "Kisah Biskut"...

Rabu, 6 Julai 2011

Haruskah aku bertanya..jeng jeng jeng



         Aku tergamam tengok muka dia. Senyuman yang dilemparkan. Senyuman yang aku rindu setelah sekian lama. Lamanya tak jumpa dia. Aku rindu dia sangat-sangat. Lamunan aku terhenti apabila dia menyapaku.

Difzad : Assalamualaikum.. kawan lama...

Aku : Wa.. waalaikumsalam.. apa ka....belum sempat aku menghabiskan ayat ada pulak sorang perempuan muncul.

Perempuan A : Haikal.. Kenapa berdiri je ni. Sorry Sara lambat sikit.... Aku terkejut melihat perempuan tu. Tak silap aku Difzad pernah tunjukkan gambar perempuan ni dulu... MAISARA! 

          Aku terus menghayunkan kaki meninggalkan 'pasangan kekasih' itu.

Malam tu....

         Aku duduk termenung dalam dorm aku. Kenapa mesti dia yang aku jumpa kat sini? Dan kenapa mesti Maisara ada sekali kat sini? Tak cukup lagi ke beban sebelum ni.. Kenapa mesti dia muncul balik? 

8 Ogos 2010

         Pejam celik dah dekat dua bulan aku masuk U ni. Dalam dua bulan tu jugak aku tak pernah nampak pun Difzad lagi. Bagus la macam tu. Memang aku elakkan pun. Cuma aku terfikir jugak. Kalau dia penuntut U ni, kenapa aku boleh tak pernah nampak dia? Hurm.. pelik.. Suatu hari ada la seorang member aku bagitahu something pasal Difzad...

Aida : wow.. interesting story la. 

Aku : Apa yang menariknya?

Aida : Kau tak dengar pasal senior sem 3 kita? Difzad Haikal.... Takkan kau tak kenal dia..

Aku : Em.. siapa tu ea? Tak kenal la.. Aku sengaja sembunyikan yang sebenarnya.

Aida : La.. kau ni tak ambil tahu isu semasa betul. Tu la, duduk lagi kat Library tu 24-hours.. Kan dia selalu tak ada kat U ni. Kau tau tak sebab apa? 

Aku : Kalau aku tak kenal, kompom la aku tak tahu...

Aida : Kan dia terkenal as writer kat U ni. Macam-macam buku dah dia tulis. Semuanya laku. And latest aku dengar dia launching novel terbaru dia 'Jika Kau Tiada' kat Brunei. Aku terpaku. Jadi cita-cita Difzad untuk jadi writer tercapai la.

Aku : Ow.. dia tak datang kelas ke? Sampai Brunei pulak perginya... Aku cuba korek lagi banyak cerita.

Aida : Dengar cerita U bagi private kelas untuk dia. Memandangkan dia naikkan nama U sekali. Tapi  kalau ada assignment kena admit dia kena hantar sama dengan students lain. Kalau ada kuiz dengan ujian baru dia datang on time. 


Aku : Ow.... Patutlah tak selalu nampak taik mata dia kat sini.


19 Ogos 2010

          Aku duduk sorang-sorang kat Library. Sekarang dah pukul 5 petang. Tak ramai nak stay waktu macam ni. Aku pulak kena stay lama sikit. Esok ada ujian. Pening kepala otak. Suasana sunyi. Tak ada sorang pun ada kat dalam Library tu masa tu. Meremang jugak bulu roma duduk sorang-sorang. Tapi aku cuba buat cool.
          Tiba-tiba aku terdengar satu bunyi datang dari salah satu almari-almari buku kat situ. Mula-mula aku ignore je. Tapi bunyi tu datang lagi. Siapa pulak la main-main petang-petang ni. Aku berjalan perlahan ke arah bunyi tadi. Aduh.. apsal aku rajin sangat ni. Tapi nak tahu jugak siapa yang berani buat bising dalam Library ni.
         Aku sampai kat satu rak bertanda 'Karya Pelajar'. Kelihatan sesusuk tubuh seorang lelaki sedang memungut-mungut buku yang jatuh berselerakan tadi. Dia yang menyedari kehadiran aku segera berpaling. Dafzid! Kami berpandangan seketika. Masing-masing tak berani nak bersuara. Sehinggalah salah satu buku yang di pegang Dafzid tadi jatuh ke lantai. Aku ambil buku tu dan suakan kepada Dafzid.

Dafzid : Terima kasih.. Katanya berbahasa. Aku masih terkejut nampak dia kat sini. Tapi mulut aku yang tak duduk diam ni bersuara jugak akhirnya.

Aku : Assalamualaikum, Mr. Popular.. Aku hanya tersenyum. Dia yang tengah kusyuk susun buku-buku tadi berpaling dan tersenyum.

Difzad : Waalaikumsalam, Ain. Long time no see, huh? 


Aku : Yup. 


Difzad : So, kau apa khabar sekarang? Soal Difzad sambil kitorang sama-sama berjalan menuju ke meja yang aku duduk tadi.

Aku : Aku? Macam ni je la. Masih tak tinggi-tinggi.. Aku cuba menceriakan suasana. Kau pulak macam mana? Ow, tak payah cakap. Mesti la bahagiakan. Your dream comes true...

Difzad : Yeah.. Cita-cita aku tercapai seawal ni. Ni semua sebab kau jugak. Kalau kau tak ajar aku hantar manuskrip kat syarikat penerbitan tu, sampai bila-bila la aku tak tahu nak mula step as a writer. 


Aku : Tak ada kena mengena dengan aku. Ni semua hasil usaha kau. Bakat kau. Aku tak sangka kawan aku ni dah jadi orang yang terkenal kat sini. Suprising! You have everything, now..


Difzad : No. Not everything. Lain macam je bunyinya.

Aku : Apa maksud kau? Kau ada semuanya kan. 


Difzad : Aku hilang something.. Aku masih tak puas hati.

Aku : Apa? 


Difzad : Kau... 


         Kami berpandangan. Aku macam nak lari je dari situasi ni. Janggal! Nasib baik ada orang call dia. Orang busy la katakan.

Difzad : I've got to go. Em, see you next time? 


Aku : Ok. No hal. Settle hal kau dulu. Difzad berdiri tapi masih tak berganjak.

Difzad : Em.. Can I have phone number? Aku tersenyum.

Aku : Of course.. Kitorang bertukar nombor. Lepas tu dia minta diri untuk pergi. Jam menunjukkan pukul 6.30 petang. Aku kemas barang and terus balik dorm.

Malam tu...

            Aku masih lagi membaca nota-nota subjek yang keluar esok. Nasib baik esok last paper. Tak lama lepas tu handphone aku berbunyi. Ada mesej!

Salam. Ain. Remember me?

          Berbunga hati ni. Tapi dalam pada tu, aku ingatkan diri. Mungkin sekarang Difzad dah on balik dengan  Maisara. Aku pernah nampak Maisara dekat cafe hari tu. Aku yakin dia further study kat sini. So, aku kena ingat status aku hanya sebagai 'kawan' Difzad. 

Wassalam. Giler tak ingat. Ada apa? - Aku

Saja. Esok kau last paper kan? - Difzad

Yup. Kenapa? - Aku

Jom ronda KL nak? - Difzad

         Aku berfikir sejenak. Hurm... Kalau nak release tension boleh kot.

Nak pergi mana? Malas la kalau jam. - Aku

Kalau macam tu nak hang out mana? - Difzad

         Em.. Aku pun tak tahu sangat. Kau kenapa? Ada pape ke esok? - Aku

Kau betul-betul tak ingat ke? - Difzad

          Apa benda? - Aku

Em.. Tak apa la. Esok lepas habis paper tunggu aku kat cafe. Tempat kita k. Salam - Difzad

Ow. Ok. Wassalam. - Aku 

          Esok ada apa ye? Serious! Aku tak ingat lak apa-apa event untuk esok. Em.. Apa ye?...........

9 Ogos 2010

         Aku terus ke cafe lepas habis paper. Nasib baik apa yang aku baca semalam masuk otak. Bila sampai cafe. Difzad dah ada kat situ. Dia terus bawa aku ke parking kereta dia.

Aku : So, nak pergi mana?

Difzad : Urm.. Tengok views nak?

         Aku just ikut. Akhirnya kitorang sampai kat satu tempat. Memang dari situ nampak views dari atas KL. Lawa... 

Aku : Amazing... Thanks Jad. Lama tak datang tempat macam ni. 

Difzad : No need to thank. Actually ni hadiah dari aku.

Aku : Untuk apa? 

Difzad : Sebab title persahabatan kita still ada untuk 2 tahun. 9 Ogos 2008.. Aku still ingat tarikh kita jumpa dulu. N kau still pakai rantai tu. Thanks ye.. Aku pegang rantai yang aku pakai tu. Aku tak sedar sampai sekarang aku masih pakai rantai tu. Kalau sekali tak pakai rasa tak lengkap je.

Aku : Yeah! Kau yang bagi. Memang tugas aku jaga rantai tu baik-baik.

          Hari tu. Kitorang bercerita tentang hidup kitorang yang terpisah sebelum ni. Sejak hari tu.. kitorang makin rapat. Setiap weekend kitorang keluar sama-sama. Hang out sama-sama. Gelak ketawa sama-sama. Honestly, aku gembira kenal dia balik. Kenangan dulu macam berulang balik. Dia pun tak sibuk sangat nak launching buku dia sekarang. 

21 Oktober 2010

         Aku tersenyum lebar sepanjang balik dorm. Hari ni birthday aku. Hadiah dia kali ni paling special. Difzad luahkan perasaan dia kat aku. Dia bagitau yang dia sukakan aku. Aku minta dia bagi aku masa. Ikutkan hati nak je terima time tu jugak. Tapi aku rasa baik fikir dulu kot. 
        Sampai dalam dorm Aida tegur aku.

Aida : Wah.. Sejak-sejak kau rapat dengan Haikal ni. tersenyum-senyum je. Haikal. Budak kat sini panggil Difzad Haikal. Aku heran. Mana lak Aida tau.

Aku : Mana kau tahu ni?

Aida : Tak payah kau nak kelentong aku..Satu U tahu tau. Untung la kau dapat rapat dengan dia. Aku dengar cerita Maisara tak ada la rapat macam kau rapat dengan Haikal.

         Maisara! Baru aku teringat. Apa hubungan Difzad dengan Maisara sekarang. Arh! Macam mana aku boleh lupa. Lagi satu masalah timbul.

24 Ogos 2010

          Aku tunggu dekat taman U ni lepas jumpa satu note dari unknown person kata nak jumpa kat sini. Mula-mula berat hati gak nak pergi. Tapi nak tahu jugak siapa yang hantar. Aku pergi jugak la. Tak lama tu ada seorang mamat datang. Siapa dia ni, eyh? Kalau betul dia, apa dia nak?

Lelaki A : Aku nak cakap satu benda je. Aku nak kau jauhkan diri dari Difzad Haikal. Kalau kau tak nak, kau memang cari masalah kat U ni... Ai.. Engkau entah datang dari mana nak ugut-ugut orang pulak. Jangan sampai kaki aku sampai kat muka kau. Bajet taiko la konon.

Aku : Amboi.. Gangsternya... Kau siapa, ha? Nak ugut-ugut orang lak..


Lelaki A : Aku Hisyam. Adik Maisara. Sebelum kau ada kat U ni, Maisara dengan Haikal macam belangkas kau tau. Tapi sekarang, kau la yang buat Maisara termenung tetiap hari. Sebab kau!Aku tak tahu nak bagi reaksi apa.

Aku : Em.. Apa buktinya?

Hisyam : Hei.. Zaman sekarang ni semua orang ada fb la. Kau cek la kat sana gambar-gambar diorang. Yang penting, aku tak nak nampak kau keluar dengan Haikal lagi, faham? Aku start confuse. Yang aku tahu sekarang nak balik dorm je.. n bukak fb. Kau faham tak?!


Aku : Arh! Tengok la dulu. Aku terus balik dorm.

          Memang betul la apa yang budak tu cakap. Banyak gambar diorang. Apa aku buat ni? Aku tak patut kacau relationship orang lain. Aku patutnya sedar. Kenapa aku bongok sangat. Dah terang-terang dulu Difzad angau kat Maisara. Takkan la dia tak ada apa-apa pun dengan Maisara sedangkan diorang sama-sama kat sini. Bodohnya aku!
         Handset aku berbunyi. Mesej!

Salam.. Dapat jawapan untuk aku? - Difzad

Yeah.. - Aku

Aku harap berita baik.. - Difzad

Mungkin berita baik untuk kau n Maisara... - Aku

Apa maksud kau? - Difzad

Jad. Aku tak tahulah apa kisah kau dengan Maisara sebelum ni sampai kau luahkan perasaan yang entah apa-apa dekat aku. Jad. Maisara ada kat sini! Orang yang cinta dulu ada kat sini. N korang ada 80 % peluang on balik kan... Aku tak patutnya ada antara korang. Aku rasa elok aku undur diri. Sorry. - Aku

          Difzad termangu. Antara dia n Maisara tak ada apa-apa. Apa maksud Ain? 

Ain. Kau tak tahu hal sebenar. Aku boleh explain. Jom kita jumpa. Aku cerita semuanya...  - Difzad

         Difzad hampa. Ain tak balas pun mesej tu. So, ini ke akhirnya? 

6 September 2010

         Dah hampir 2 minggu aku elakkan diri dari Difzad. Cerita terakhir aku dengar pasal dia, dia dah mula sibuk balik untuk promotion the lastest novel by him, 'Kau Teristimewa'. Banyak jugak novel yang dia cipta dalam jangka masa pendek. Tapi aku tak pernah nak baca pun salah satu daripada novel-novel tu. Kalau boleh aku nak jauhkan diri dari semua benda yang ada kena mengena dengan Difzad Haikal. 
         Aku tergesa-gesa keluar dari Library bila teringat rantai 'Haina' tertinggal dalam dorm. Tapi kat luar pintu Library tu, aku terlanggar seorang perempuan. Macam kenal... Maisara!

Aku : Ops.. Sorry... Kata aku sambil kutip buku-buku yang jatuh tadi.

Maisara : Eyh, tak apa. Thanks tolong angkatkan. 

Aku : Small matter.. Kami berbalas senyuman. Aku start mulakan langkah. Tak nak lama-lama dengan dia. Belum sempat aku pergi lagi jauh, tetiba..

Maisara : Awak Ain, kan? Aku berpaling. 

Aku : Ha? A..........a'ah... 

Maisara : Boleh kita jumpa kejap? 

         Kitorang duduk kat salah satu kerusi panjang kat taman dalam U ni. Aku heran la jugak. Apa pulak la kali ni?

Maisara :  Ain.. Akak tahu Hisyam ada cakap something kan?

Aku : Cakap apa? Apa benda la yang akak mengarut ni.. 

Maisara : Tak baik buat Haikal macam tu tau. Tak kesian ke kat dia? 

Aku : Em... kan akak lagi sesuai dengan dia.. Kata aku perlahan.

Maisara : Ain.. Dulu. Memang akak menyesal tinggalkan dia. Sampai la akak jumpa dia balik kat sini Ain. Akak cuba rebut hati dia balik. Akak rendahkan maruah akak supaya kitorang on balik. Tapi dia tak dapat terima akak lebih dari kawan. Ain. Tiap-tiap hari nama Ain yang dia sebut. Yang dia cerita. Akak tak kisah. Asalkan dia gembira. Lepas dia jumpa Ain, Ain tau tak betapa bahagianya dia . Tapi lepas Ain tinggalkan dia, akak jadi saksi betapa deritanya dia, Ain. Tolong Ain. Jangan buat Haikal macam ni. Kesian dia. Kalau Ain sayangkan dia, cari dia. Bagitau kat dia apa yang Ain rasa. Jangan jadi macam akak. Menyesal kemudian nanti. 

10 September 2010

         Kata-kata Kak Maisara still aku fikir-fikirkan. Baik rupanya Kak Sara ni. Dalam beberapa hari ni, aku puas call Difzad. Semuanya failed! Nak je aku cari rumah dia. Tapi aku tak tahu kat mana. Aku termenung dalam kelas. Pensyarah tak ada hari ni agaknya. Sempat jugak aku curi dengar kawan-kawan aku mengumapat.

Ema : Haikal promosi novel kat mana sekarang?

Aida : Em.. Yang aku tahu petang ni dia gerak pergi N. Sembilan. Tempat lahir dia, isn't it?

Lisa : Yup. Ada jugak aku dengar dia nak stop study. Maybe coz dah dapat hidup dengan karya-karya dia, kot... 

        Aku tersentak. Difzad nak stop study? 

 * * *

        Aku terus berlari ke tempat parking kereta Difzad. Dia tak ada kat situ. Tapi kereta ada... Aku tunggu dia. 

2 jam kemudian....

        Dekat 2 jam aku tunggu dia. Sampai tertidur aku sambil bersandar kat kereta dia tu. Akhirnya...

Difzad : Hello.. Buat apa kat sini? Aku terkejut n terpisat-pisat terus berdiri.

Aku : Ha! Ow. Aku tunggu kau...

Difzad : Kenapa? Ada apa-apa ke? Soalnya risau.

Aku : Betul ke aku dengar kau nak stop study?Aku yang lurus ni terus tanya.

Difzad : Kalau ye pun kenapa? Difzad cuba nak duga Ain.

Aku : Kalau kau tak ada.. aku macam mana?

Difzad : You know I'll still love u right.. So, kat mana pun aku, aku tetap sayang kau. 

Aku : Tapi... kau tak boleh berhenti study.. Kau patut utamakan study kau. Untuk future kau jugak..

         Time tu, kitorang dah naik kereta. Aku just ikut. Tak tahulah Difzad nak bawa aku pergi mana. 

Difzad : Aku dah ada income sendiri. 

Aku : No! Kau tak boleh tinggalkan, aku!

Difzad : Sebab apa?

Aku : Sebab... em.. sebab...

Difzad : Sebab apa?!! Difzad menggesa.

Aku : Sebab aku cintakan kau. Difzad berhentikan kereta.

Difzad : Apa? Aku tak dengar..

Aku : A...aku.. aku.. Tak ada apa-apa la. Jalan la balik.. 

Difzad : Aku tahu kau ada cakap something. Kalau kau tak cakap sekarang, aku takkan gerak kereta. 

Aku : Aku suka kat kau. Aku cakap jugak. Tapi perlahan....sangat-sangat

Difzad : Cuba kuat sikit. 

Aku : Aku cintakan kau........................ Aku menjerit. Difzad tersenyum.

Difzad : Aku pun cintakan kau... 







Duta:
Sejak dari dulu
ku menyintaimu
kau tahu begitu namun kau berpura
ku masih teringat kau peluk diriku
yang telah membuat ku menyintai mu

Sudah berapa lama
diriku ini
tak bertemu mu
mungkin ku harap jua
kau merindu ku
sebagaimanaku rinduimu

Duta:
Cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyinta dirimu
ku hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji
menyintamu syg….

Baizura Kahar:
Setelah kau pergi jauh dari sisi
tiada ku cinta selain dirimu
ku ingin bersama dgnmu selamanya
walaupun sehingga ke akhir nyawa
mungkin kau tak mengerti
maksud ku dulu pada dirimu
kiniku kan menyinta dirimu itu sehingga ke akhir waktu

Baizura Kahar:
cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyintai dirimu
ku hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji
menyintamu sayang….

Duta:
sudah berapa lama
diriku ini
tak bertemu mu

Baizura Kahar:
mungkin ku harap jua
kau merindu ku
sebagaimanaku rindumu

Duta:
Cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyinta dirimu

Baizura Kahar:
Hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji
menyintamu sayang….

Duta and Baizura Kahar:
cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyintai dirimu
ku hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji
menyintamu syg…
ku kan berjanji
menyintamu syg...